About Me

My photo
bandar bera, pahang, Malaysia
oku

Alhamdulillah...

Ya Rabb, Kini sinarmu kembali menerjah seluruh jasadku... Aku kini kembali menjadi insan yang sentiasa mengingatiMu, Yang hanya menyerah diri padaMu, Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku matiku hanya untukMu Ya Allah...

Ya Rahman, Kau telah tunjukkan sinar itu tika aku kebuntuan, Kau beri hamba hidayah yang tidak terhingga pada hambaMu ini, Terima kasih Ya Allah, Terima kasih!!

Ya Rabbul Izzati, Engkau baik, Engkau adil, Engkau penyayang, Engkau pengasih, dan Engkau bersifat Asmaul Husna, Terima kasih untuk segala nikmatMu ya Allah... Jazakallah ya khair!!

Thursday, January 10, 2013

SEJARAH ILMU TAUHID ( bab 1 )

1) Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa petunjuk dan agama yang benar.
Tujuan perutusan Baginda ialah supaya agama yang benar ini dizahirkan menandingi sekalian agama yang lain.
Untuk itu, maka Allah telah menurunkan al Qur'an sebagai mukjizat dan sumber ambilan ilmu agama yang diseru
oleh Baginda s.a.w. Pada asasnya dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w merangkumi dua perkara pokok iaitu:

a) Ajakan kearah tauhid (akidah)
b) Perintah melaksanakan tanggungjawap-tanggungjawap syarak (taklif)

2) Akidah merupakan perkara asas yang diseru oleh Baginda s.a.w untuk diimani. Persoalan akidah yang diseru oleh
Baginda s.a.w ialah hal-hal yang berkaitan dengan keimanan kepada Allah SWT, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
para rasul-Nya dan hari akhirat. inilah juga seruan yang dibawa oleh sekalian Nabi yang terdahulu.

Allah SWT berfirman:

yang bermaksud;

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya -
apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepada kamu
(wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu;
"Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya".
                                    (Surah asy-Syuura ayat 13)

3) Keistimewaan dakwah al-Qur'an dalam soal akidah ialah anjurannya supaya menggunakan akal untuk memikirkan tentang tanda-tanda
kebesaran Allah yang terdapat di alam maya ini. Jelasnya, al-Qur'an mengiktiraf kemampuan akal untuk berperanan mensabitkan
hal-hal yang berkaitan dengan akidah. Ini berbeza dengan penyebutan hal-hal akidah terhadap umat yang terdahulu, di mana
pembuktian dan pendalilannya hanya terbatas kepada apa yang disebutkan dalam kitab suci mereka, dan pemberitahuan oleh
para rasul yang diutuskan kepada mereka.

4) Tanggungjawap-tanggungjawap syarak pula merupakan perkara cabang dalam agama. Taklif-taklif syarak merupakan gabungan
sistem dan peraturan yang disyariatkan oleh Allah kepada haamba-hamba-Nya, untuk membuka jalan bagaimana caranya
manusia berinteraksi dengan Allah, dan dengan sesama manusia dalam pelbagai urusan kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment